Saturday 25 October 2014

SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM MEMBUAT TEMPAHAN


KAD KAHWIN NURJANNAH adalah di bawah nama NURJANNAH PRINTING.Kami menawarkan perkhidmatan mencetak kad kahwin,cenderati perkahwinan dan lain-lain cetakan.Kami juga bukan sahaja mencetak produk perkahwinan.Cetakan lain seperti baju,business card,flyers dan sebagainya.Apabila anda membuat tempahan dengan kami bermakna anda bersetuju dengan terma dan syarat yang kami paparkan di laman web ini.Anda seharusnya meneliti terma dan syarat ini apabila anda membuat sebarang tempahan.Terma dan syarat ini akan berubah mengikut masa ke semasa dari tarikh dipaparkan.


PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Produk yang anda tempah bergantung kepada stok sedia ada.Jika tempahan anda yang kami terima tidak mempunyai stok, kami akan menghubungi anda untuk berbincang cara menyelesaikannya.Produk yang anda tempah mungkin tidak sama dengan artwork yang diterima.Perbezaan warna adalah bergantung pada paparan komputer.Saiz kad juga tidak 100 peratus tepat dan ketebalan kad juga berbeza bergantung pada pengeluaran dari kilang kertas.


TANGGUNGJAWAB 

Kami tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kesilapan apabila artwork yang disahkan oleh anda jika mempunyai kesilapan daripada anda atau daripada kami.Oleh itu anda perlu meneliti dengan tepat sebarang artwork yang kami hantar kepada anda sebelum mengesahkannya.


HARGA

Perubahan harga akan berubah dari masa ke semasa bergantung pada keadaan ekonomi negara.Kami juga berhak mengubah harga mengikut keadaan semasa.Pembeli harus mengikuti harga yang ditawarkan pada tarikh tempahan. 


PEMBAYARAN

Segala pembayaran menggunakan ringgit malaysia(RM).Deposit pendahuluan perlu dijelaskan sebelum kami memulakan proses artwok.Kami tidak akan memproses artwork jika kami tidak menerima sebarang deposit pendahuluan.Pembayaran akhir perlu dijelaskan sebelum proses cetakan.Kami tidak akan memulakan proses cetak jika bayaran akhir tidak dilakukan.Anda akan diberi invois pada setiap pembayaran yang dilakukan.Sila pastikan info dalam invois adalah tepat untuk mengelakkan kesilapan harga.

TEMPOH TEMPAHAN

Tempoh tempahan bergantung pada tempahan yang kami terima dan kesukaran tempahan anda.Unruk proses artwork mengambil masa 8-10 hari berkerja.Tempoh cetakan adalah 10-15 hari berkerja.Tempoh penghantaran adalah bergantung pada syarikat penghantaran.Kelewatan tempahan adalah mungkin disebabkan pembetulan artwork,stok, dan tempahan yang kami terima.Kami akan cuba mengikuti tempoh yang disediakan sebaik-baiknya.Untuk mengelakkan berlaku kelewatan terima tempahan anda,sila lakukan tempahan lebih awal.


PENGHANTARAN

Tempahan anda akan dihantar oleh syarikat penghantaran SKYNET.Kos penghantaran akan ditangung oleh pembeli.Perbezaan harga penghataran bergantung pada tempat, keadaan dan  harga yang diberi oleh syarikat penghantaran.Jika ada perubahan alamat, sila hubungi kami dengan segera sebelum penghataran dibuat.Penghantaran tidak akan dilakukan jika kos penghantaran tidak dijelaskan.Anda juga boleh mengambil tempahan anda di kedai kami.


RISIKO

Penghantaran yang dibuat oleh SKYNET adalah dijamin selamat.Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakkan yang berlaku pada tempahan anda jika kesilapan daripada syarikat penghantaran yang kami lantik.Semua produk tempahan adalah dijamin berkeadaan baik.Sekirannya ada sebarang kerosakkan disebabkan kami, sila hubungi kami untuk menyelesaikan masalah itu dalam tempoh 24 jam dari tarikh penerimaan produk tempahan tersebut.


PEMBATALAN TEMPAHAN

Pembatalan tempahan adalah sebelum proses cetakkan.Jika proses cetakkan telah dilakukan, pembeli harus membayar penuh harga yang ditawarkan.Kami akan memulangkan semula bayaran yang telah dibuat sekirannya pembatalan berlaku sebelum proses cetakkan.Anda perlu menghubungi kami dengan segera jika ingin membuat pembatalan.


PENGGUNAAN PRODUK TEMPAHAN

Kami berhak menggunakkan segala produk tempahan anda untuk dipaparkan di kedai, laman web untuk contoh jualan.


PRIVASI

Setiap maklumat yang anda beri akan digunakan hanya untuk tempahan produk kami sahaja.Kami tidak akan menggunakan maklumat yang diberi secara sengaja untuk pihak lain.